Pengenalan
Asalamuaalikum dan salam sejahtera.
Warga KailSejengkal mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat. Semoga pelayaran cyber ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengatahuan dan perkongsian pengalaman dan ilmu perihal memancing. Laman ini diujudkan agar kenangan warga kailsejengkal.net yang memiliki minat yang sama dapat diabadikan di laman yang tidak seberapanya ini. Sebarang kepincangan dan kekurangan anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan. Semua yang baik adalah dariNya dan yang tidak baik adalah kelemahan kami di kailsejengkal.net Terima kasih.
Satu masa dahulu nama kumpulan kami adalah Geng Ronda Kolam (GERKDOMY) (memang memanjang mengatur kolam untuk memancing), setelah sekian lama bergiat cergas di kolam kami mula mengatur langkah ke persada dipersirsir pantai dan seterusnya ke luat dalam.
Kumpulan dari kailsejengkal ini rata-rata ahlinya adalah daripada kalangan pendidik. Justeru itu kami di kailsejengkalnet akan mengadakan aktiviti ketika cuti-cuti sekolah atau dicuti-cuti hujung minggu. Diketika ini ramai dikalangan warga kailsejengkal.net sedang menyambung pelajaran untuk mencari sedikit penambahan gaji, baru la dapat selalu ke laut.
Laman ini diwujudkan hanyalah untuk kenangan kumpulan kami dan munkin dapat dikongsi bersama dengan pelayar yang datang. Terima kasih kerana sudi singgah ke Laman kailsejengkal.net

Ada yg abg tak tau nama… yg tahu tolong jawab di sini… nanti abg update… Tq
Dan sapa yg tak ada?
Berminat untuk bertukar idea memancing